Wednesday, March 24, 2010

KERJASAMA MAMPU MUDAHKAN URUSAN

Hari ini agak kepenatan kerana terlibat secara langsung dalam pengurusan Kejohanan Olahraga MSSD Pendang 2010. Ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang penuh komitmen dalam menjayakan acara tahunan itu.
Tetapi sudah menjadi kebiasaan apabila wujud sedikit kekurangan di sana sini kerana kekangan tertentu.Namun semuanya dapat diatasi dengan konsep bekerja bersama-sama.Apabila kita mampu menguasai bidang tugas maka tanggungjawab yang diamanahkan akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Konsep kerjamasa ini adalah tuntutan terpuji bagi manusia yang hidup bermasyarakat.Kita tidak mampu menguruskan hidup tanpa ada bantuan dan sokongan orang lain.Ini jelas bila kita mendengar cerita manusia yang terdampar keseorangan di sebuah pulau.Akhirnya dia jadi bingung dalam kebodohan kerana tidak ada unsur interaksi dengan masyarakat sekeliling.
Kekalkan dan amalkan konsep kerja bersama-sama ini kerana amalan ini penuh dengan galakan motivasi dan memantapkan hubungan silaturrahim.

Monday, March 22, 2010

CELARUNYA POLITIK MALAYSIA

Hari ini aku cuba menilai secara peribadi tentang perkembangan politik tanah air.Nampak begitu jelas kesibukan ahli politik kita untuk melakukan serangan antara satu sama lain.Malah babak itu semakin menyukarkan penilaian rakyat.Pihak mana yang sebenarnya benar atau sebaliknya.
Baik parti kerajaan atau pembangkang ahli partinya semakin menunjukkan sindrom asak-mengasak,serang-menyerang dan tuduh-menuduh.Sedangkan kebenarannya begitu samar.
Situasi begini sebenarnya amat merugikan rakyat.Ternyata fokus orang politik dan wakil rakyat yang dilantik rakyat kepada memberi komen-komen murah terhadap lawan politiknya.
Sedar atau tidak , masih ramai rakyat di kawasannya terus berjuang untuk menagih nikmat merdeka.Dalam usia negara merdeka semakin lanjut tetapi ada lagi anak peribuminya hidup dalam keadaan amat tidak selesa.Antara puncanya ialah kesibukan orang pilihan mereka berpolitik,bukannya naik turun bukit,`meranduk' belukar dan menjenguk warga di pondok usang di kawasan masing-masing.
Kesimpulannya,kita dikurniakan keamanan bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi keamanan yang dinikmati itu digunakan untuk berpolitik dengan cara yang amat rendah mentalitinya.

Saturday, March 20, 2010

FACEBOOK JEJAK RAKAN LAMA

Memang tidak dinafikan Laman Facebook banyak membantu mempertemukan semula rakan-rakan lama yang telah lama terpisah.Aku dipertemukan kembali secara maya ini dengan rakan-rakan semasa di Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP).Kami sering berhubung melalui laman ini.
Malah bekas murid aku di Kluang,Johor tidak ketinggalan dapat dipertemukan secara maya ini.Terima kasih pada Balkish ( Cikgu Balkish)bekas murid aku di SK LKTP Kahang Timur dulu.Harap Balkish dapat promosikan rakan-rakan semasa di SK Kahang Timur.Saya masih teringatkan keindahan Kahang Timur.Nyaman sekali udaranya.Banyak kenangan yang terbina di bumi Kluang.
Sementara rakan-rakan di MPIP memang sudah menjadi insan yang hebat-hebat.Ada yang sudah bergelar `jutawan' (kalau tak salah informasi),malah ada juga yang amat berjaya dalam karier.Ada juga yang berniaga secara part-time dan berjaya sekali.
InsyaAllah,kawan-kawan di MPIP akan dipertemukan di Melaka hujung tahun ini dalam satu `re-union' khasnya rakan-rakan Unit E Sesi 1987-1989.
Apa khabar Murad,Mad Taia,Alias Pada,Zaini Mohyi,Rasinah Bansil,Hazita,Anuar Kintan,Ayu,Anuar Aziz,Azli Isa,Azli,Intan,Subri,Azizan,Azmi,Ghani,Nazif dan lain-lainnya.Semuanya masih kukuh dalam ingatan.
Rakan-rakan di USM juga tidak ketinggalan.Ada yang sudah bergelar Dr dan bertugas sebagai pensyarah universiti.Semuanya kerana usaha kuat dan sifat ingin memajukan diri sangat tebal.Kalau dulu kita fokus karier hanya sebagai guru tetapi masa dan tuntutan kontemporari begitu kuat untuk menolak kita beralih arah untuk menerjunkan diri di bidang lain.
Selamat berjaya.

Saturday, March 6, 2010

TEMPAHAN PAKEJ PENGINAPAN



MAYANGSARI RESORT menyediakan tempat-tempat penginapan yang menarik di Malaysia dan di Jakarta. Jika anda berhasrat untuk bercuti bersama rakan-rakan,keluarga @ reunion party @family day @ klass trip boleh menempah tempat terus dari saya. Antara tempat-tempatnya (PD,MELAKA,SEREMBAN,BUKIT MERAH,CAMERON,A FAMOSA,DUNGUN,LUMUT DAN JAKARTA). Selain itu terdapt juga resort affiliate seperti:-

HUBUNGI SAYA : SAMAD 019 4770621

ROOM RATE

Mayangsari Resort Port Dickson-2 Room Apt. suite-Weekday:RM160 Weekend:RM320
-3 Room Apt. suite-Weekday:RM240 Weekend:RM480

Mayangsari Resort Dungun-2 Room suite-Weekday:RM225 Weekend:RM250
-3RM suite-Weekday:RM280 Weekend:RM300

Mayangsari Suite Eq.Cameron-2 Room Apt. Suite-Weekday:RM414 Weekend:RM575 Peak:RM736
-3 Room Apt. Suite-Weekday:RM575 Weekend:RM862.50 Peak:RM1127

Apa2 pertanyaan boleh call saya ; Samad 019 4770621 : Emel : samhakim154@gmail.com