Sunday, February 28, 2010

SEHARI DI PULAU PANGKOR


Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas,aku sempat juga membawa keluarga bercuti ke Pulau Pangkor sempena cuti Maulidur Rasul.Keadaan cuaca yang panas tidak menjejaskan kegembiraan kami.Aktiviti island hoping,mandi laut,BBQ dan shoping menjadi sebahagian dari aktiviti di Pulau Pangkor.Menginap di PanVill Resort milik sahabat sederhana saja tapi berpuashati dengan layanan yang diberikan.Kami sekeluarga pulang dengan penuh kegembiraan.Mungkin cuti pertengahan penggal aku akan membawa anak-anak ke destinasi tetap kami iaitu Cameron Highland.

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA KEBAKTIAN KEDAH (P.J.K)



Tanggal 25 Februari 2010 , aku bersama isteri ke Istana Anak Bukit untuk majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Kedah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-82 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Kedah. Aku dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian Kedah (P.J.K) . Syukur ,alhamdulillah,rupanya kerja buat kita dinilai dalam keadaan yang kita sendiri tidak menyedarinya.

Friday, February 19, 2010

MPIP 87-89 AKAN DIGEGARKAN...


Aku macam diserang demam nostalgia bila dapat berhubung kembali dengan kawan-kawan semasa begitu `galak' di Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP) sesi 1987-89 bersama Unit E. Kami seperti kembali didekatkan dengan laman Facebook yang banyak membantu.