Saya teruskan meneroka bumi Probolinggo,Jawa Timur dengan mengunjungi Air Terjun Madakaripura. Air terjun ini terletak di Lumbang,Probolinggo. Air terjun setinggi 200 meter ini adalah air terjun tertinggi di Pulau Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia.Lokasinya masih lagi termasuk di dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru di lereng Gunung Bromo.
Untuk ke sana pelawat tidak boleh menggunakan kereta tetapi menggunakan perkhidmatan motosikal penduduk tempatan dengan bayaran IDR20,000 seorang. Selepas bermotosikal , saya dan teman-teman perlu berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk sampai. Memang berbaloi dan amat terpegun dengan keindahan air terjun Madakaripura. Kami diberitahu supaya memakai baju hujan untuk memastikan pakaian kami tidak basah kerana jatuhan air yang datang dari pelbagai arah .
Air terjun Madakaripura berada di hujung lembah sempit dan berbentuk ceruk yang dikelilingi tebing-tebing curam yang menitiskan air pada segenap sudut seperti suasana hujan. Satu yang luar biasa mengenai air terjun ini ialah ianya tidak berkurang airnya walaupun ketika musim kemarau. Kuantiti air akan bertambah dan agak berbahaya jika selepas hujan lebat.
No comments:
Post a Comment