Memang tidak dinafikan Laman Facebook banyak membantu mempertemukan semula rakan-rakan lama yang telah lama terpisah.Aku dipertemukan kembali secara maya ini dengan rakan-rakan semasa di Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP).Kami sering berhubung melalui laman ini.
Malah bekas murid aku di Kluang,Johor tidak ketinggalan dapat dipertemukan secara maya ini.Terima kasih pada Balkish ( Cikgu Balkish)bekas murid aku di SK LKTP Kahang Timur dulu.Harap Balkish dapat promosikan rakan-rakan semasa di SK Kahang Timur.Saya masih teringatkan keindahan Kahang Timur.Nyaman sekali udaranya.Banyak kenangan yang terbina di bumi Kluang.
Sementara rakan-rakan di MPIP memang sudah menjadi insan yang hebat-hebat.Ada yang sudah bergelar `jutawan' (kalau tak salah informasi),malah ada juga yang amat berjaya dalam karier.Ada juga yang berniaga secara part-time dan berjaya sekali.
InsyaAllah,kawan-kawan di MPIP akan dipertemukan di Melaka hujung tahun ini dalam satu `re-union' khasnya rakan-rakan Unit E Sesi 1987-1989.
Apa khabar Murad,Mad Taia,Alias Pada,Zaini Mohyi,Rasinah Bansil,Hazita,Anuar Kintan,Ayu,Anuar Aziz,Azli Isa,Azli,Intan,Subri,Azizan,Azmi,Ghani,Nazif dan lain-lainnya.Semuanya masih kukuh dalam ingatan.
Rakan-rakan di USM juga tidak ketinggalan.Ada yang sudah bergelar Dr dan bertugas sebagai pensyarah universiti.Semuanya kerana usaha kuat dan sifat ingin memajukan diri sangat tebal.Kalau dulu kita fokus karier hanya sebagai guru tetapi masa dan tuntutan kontemporari begitu kuat untuk menolak kita beralih arah untuk menerjunkan diri di bidang lain.
Selamat berjaya.
No comments:
Post a Comment