Sunday, May 31, 2009

KENDURI OH KENDURI


Kenduri bukanlah pesta makan memakan.Tetapi satu cabang merapatkan hubungan semasa umat.Justeru adalah menjadi kewajipan untuk kita memenuhi jemputan rakan dan saudara mara.Jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan,lebih manis kita maklumkan kepada yang terlibat.
Semuanya perlu ada sifat keprihatinan supaya sebarang tindakan kita dapat diiringi dengan norma-norma keimanan. InsyaAllah.
(gambar hiasan)

Monday, May 25, 2009

KEAZAMAN BERPOLITIK UNTUK KUASA


Saya fikir rakyat negara ini begitu mengetahui suasana dan iklim politik di Perak.Setelah tamat pilihanraya ke12 (PRU12) pada Mac tahun 2008,negeri Perak menjadi tumpuan pemerhati politik dan juga seluruh umat negara ini.
Iklim politik yang tidak terduga sebelum ini begitu menghantui rakyat Perak.Jalan penyelesaian sudah dibuka untuk pihak yang terlibat menemui noktah perebutan.Setelah diamati,benarlah orang akan berusaha untuk mendapat kuasa.Politik juga menjadi lambang kuasa bagi golongan yang sudah ditakdirkan untuk bergelumang dengan kancah dan warna politik.
Politik akan membawa kepada keazaman untuk memiliki kuasa.Dengan kuasa kita boleh merencanakan pelbagai agenda.
Kita berharap kekalutan politik di Perak akan segera dinoktahkan.

Friday, May 22, 2009

Institut Pendidikan Guru Sukan


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Sukan khusus untuk melatih jurulatih sukan serta pegawai teknik daripada kalangan guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penubuhan IPG Sukan itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.
"Dengan adanya jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah, kerajaan berharap agar tahap kecekapan pengurusan sukan sekolah akan dapat dipertingkatkan.
"Di samping itu, ia akan mengurangkan bebanan guru yang sebelum ini terpaksa memberikan tumpuan kepada bidang akademik dan juga sukan," katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis.
Muhyiddin berkata kementerian belum menetapkan syarat kelayakan untuk memasuki IPG Sukan itu.
"Ia akan ditetapkan nanti. Saya tidak dapat memberitahu secara terperinci.
Yang penting ialah siapa yang layak untuk ambil kursus dan sekali gus menambah bilangan guru yang terlatih dalam bidang sukan," katanya.
Bacaan selanjutnya di Bernama

Thursday, May 21, 2009

Lepasan Diploma Perguruan ke DG41 ke DG44 - Penjelasan


Penjelasan mengenai tarikh lantikan kumpulan Ex-PPPLD Gred DG41 ke DG44 melalui formula 7+3

3 tahun pengalaman mengajar yang ditawarkan hanya untuk tujuan kenaikan gaji ke DG44 secara KUP lebih awal bukan untuk mengawalkan tarikh lantikan.
Tarikh lantikan 16.5.2008 merupakan tarikh rasmi dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Sumber: NUTP)

Sunday, May 17, 2009

HADIAH HARI GURU

Teruskan membaca di Utusan Online

NAKA WITH MEMORY


Kesempatan mengendalikan Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) bersama adik-adik Kolej Kejururawatan Sungai Petani dan beberapa peserta lain di Naka pada 14 - 16 Mei 2009 lepas,amat meninggalkan kesan.Walaupun sudah banyak kali mengendalikan sesi seumpama ini sebelum ini,tetapi ada kelainan yang dapat dikesan ketika bersama kumpulan ini.Kesemua peserta begitu aktif untuk mengambil bahagian.Malah,ada yang mampu berhujah dengan baik.
Tahniah kepada adik-adik manis.......SUJI,TEOH,AIMI,JUE,GAYA,LEONG,
MAHAFIZAH,NIZA,LIN,YANI,
REHAN,RUSYDA SITI
. You all memang best...
Harap you all akan lulus ujian.

Wednesday, May 13, 2009

Monday, May 11, 2009

HAPPY TEACHERS DAY


SELAMAT HARI GURU


Bulan Mei memang banyak acara dan hari untuk disambut.Bermula dengan Hari Pekerja 1 Mei , baru berlalu hari yang dikhususkan untuk ibu tercinta pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.Kemeriahan bulan Mei terus diceriakan dengan kehadiran 16 Mei. Tarikh keramat itu ditujukan khusus untuk kaum pendidik yang dipanggil cikgu.
Terlalu banyak untuk kita bicarakan bila kita menyebut perkataan GURU.Ungkapan `cikgu' cukup istimewa kerana kewarasan manusia hari ini adalah bekas tangan insan yang bernama `GURU'.Kenikmatan dan kemewahan yang dikecapi hari ini mungkin datangnya dari didik ajar seorang guru.Seharusnya,kita terus mengingati dan menghargai jasa cikgu.Guru tetap mulia dengan pelbagai cabaran terkini.
SELAMAT HARI GURU....AKU BOLEH BERTATIH DI RANJAU BUMI ATAS TUNJUK AJAR,DIDIK BACA,TULIS DAN KIRA DARI SEORANG GURU...

Pautan ke :

Sunday, May 10, 2009

RAKAN PEMBINA


Hari ni sempat juga berbual-bual dengan rakan-rakan setugas.Maklumlah sejak akhir-akhir ini aku begitu jarang duduk bersembang dengan rakan-rakan rapat.Aku masih menghormati mereka yang cukup kuat bekerja.Macam-macam program diatur.Biarpun seperti `one man show' tapi aku yakin mereka mempunyai jiwa yang mantap dari aspek minda seorang pendidik.
Tapi ada juga keluhan terpacul dari mulut mereka.Ada juga rakan-rakan lain yang agak main jalan mudah dalam aspek tanggungjawab.Ini soal kerja dan amanah.Ianya amat rapat dengan hubungan kita dengan Pencipta.Apa saja tugasan perlu ada keikhlasan.

Saturday, May 9, 2009

GELAGAT ANAK













Alang dan si bongsu ni bukan main akalnya...Macam..macam...dah pandai posing dah...Semuanya menjadi hiasan kepada kebahagian keluarga kami...Angah pula lebih pendiam...tapi kuat juga memberontak...

SELAMAT HARI IBU


UNGKAPAN KASIH SAYANG YANG TERAMAT IKHLAS UNTUK IBU. KEREDHAANMU ADALAH PENCETUS KEPADA APA YANG DIKECAPI SEKARANG.SEMOGA IBU DIBERI KESIHATAN DAN KETENANGAN.

TANGGUNGJAWAB

Tugas adalah tanggungjawab bukan sekadar kedudukan.Terlalu sukar untuk memuaskan hati semua orang.Tetapi kadangkala hati sendiri yang teruk dihentam.Kesabaran menjadi panduan dan senjata.
Bekerja dalam kumpulan perlu dilengkapi dengan kesedaran dan tolak ansur yang menebal.Biarlah kek yang dihidangkan dapat diagihkan secara sama rata.Biasakan diri untuk memahami orang lain supaya orang lain akan turut terasa.

KEDAMAIAN DAN KEINDAHAN

Antara yang menjadi kegilaan aku ialah menikmati keindahan pulau dan laut. Laut dan kehidupannya adalah satu dunia yang penuh dengan kedamaian. Hargailah alam ini.
Namun,kesibukan kerja menafikan aku untuk turun menemui rakan-rakan pulau.Sudah puas untuk melayan SMS mereka.Kehadiran aku sentiasa ditunggu-tunggu.
Mungkin kejernihan air dan kecantikan coral menjadi tarikan.
Apa khabar jeti Pulau Perhentian,Long Beach yang damai.Noni , gadis kaunter yang sentiasa tersenyum di Hentian Island Resort mungkin sudah semakin dewasa.Mungkin suara ombak dan lambaian daun kelapa semakin sibuk menyambut kehadiran tetamu.Khabarnya,tetamu terus menerus bertamu.Cuma aku yang masih tertangguh langkah kerana kekangan tugas yang semakin menghimpit.

PPSMI 2

Mungkin kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran,Dr.Puad Zarkarshi yang secara peribadinya menyokong usaha mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu adalah respon terbaik yang ditunggu-tunggu oleh para pejuang bahasa.
Sebelum ini kita tidak didengari suara-suara seperti ini kecuali dari kumpulan pejuang bahasa yang melibatkan para sasterawan dan ilmuan bahasa yang lain.Mungkin, Pak Samad Said,sedikit tersenyum dengan perkembangan ini.Perjuangannya sudah mula membuahkan titik-titik hasil walaupun ianya sekadar satu maklum balas bersifat peribadi dari ahli politik yang turut mengganggotai barisan kabinet negara.

Wednesday, May 6, 2009

ISU PPSMI

Terbaru,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan dasar PPSMI diteruskan sehingga kerajaan berpuashati dengan laporan kajian perlaksanaannya.Pastinya kerajaan telah mempertimbangkan semua perkara sebelum membuat kenyataan seperti itu.
Dasar PPSMI tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya.Namun begitu,kita perlu mengeksploitasikan seluruh kekuatan yang ada pada PPSMI itu untuk menjana masyarakat terkehadapan.
Tetapi semua kelemahan dan kekurangan perlu tindakan memperbaikinya.Jangan biarkan masyarakat pelajar terus celaru dengan permainan dan keputusan kita.
Renungkan.

Monday, May 4, 2009

SALAM PENGENALAN

SEJAHTERA SEMUA......Mungkin saya menjadi peminat blog yang kurang arif untuk memahami cara untuk memiliki blog sendiri....Alhamdulillah...saya telah temui jalannya.Saya akan cuba menghimpunkan maklumat terpuji untuk tatapan semua.
MEMORI SMK AYER PUTEH DALAM
Puan Hjh Zobaidah Jainul Ali ,Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam sedang menyampaikan pingat kemenangan acara Merentas Desa 2009.Turut kelihatan En.Halim Zainon,PK Pentadbiran dan jauh lagi samar adalah AKU.........