Monday, October 26, 2020

DERUAN SUNGAI SEDIM DAN TREE TOP WALK

Kesibukan dan kekangan waktu agak menyukarkan saya untuk terus meneroka keindahan alam sekitar  terutamanya aktiviti mendaki . Perintah larangan pergerakan atau perintah kawalan pergerakan ( PKP ) antara faktor yang membataskan pergerakan . Namun begitu , kesempatan yang ada dihujung minggu saya mengunjungi Daerah Kulim . Saya ke Sedim yang begitu diingati oleh netizen dengan `Tree Top Walk'.
Sungai Sedim terletak di Kg Sedim , 33 kilometer dari Bandar Kulim. Laluan ke sana tidaklah sukar kerana dengan maklumat boleh diakses dihujung jari , telefon pintar boleh dijadikan alat untuk membantu kita ke sana . Cuma taip sahaja di Google Map ` Tree Top Walk' , maka ikut sahaja arah yang diberikan. Jalan raya yang baik dengan papan tanda arah yang disediakan dapat membantu kita untuk ke sana.

Sedim atau nama asalnya `Sidim' atau `Sidin' mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Faktor alam sekitar yang masih terpelihara sentiasa menggamit pengunjung untuk merasai kedinginan suasana yang dihiasi sungai berarus deras.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah penginapan di Rain Forest Resort (chalet),dewan terbuka,surau dan tandas.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti mandi-manda sambil berkelah di sungai dengan kualiti air yang terjamin kebersihannya. Bagi penggemar sukan lasak , aktiviti seperti water rafting,rock climbing,flying fox,river cross dan abseiling boleh dilakukan dengan menghubungi petugas di Sedim Rain Forest Resort.

Aktiviti lain yang agak santai seperti jungle tracking,treasure hunt,jungle walk dan bereksplorasi dengan hutan boleh dilakukan dengan menggunakan khidmat pemandu arah . Program-program berkumpulan seperti kem motivasi , summer camp dan team building sesuai dijalankan di sini .







No comments:

Post a Comment