Friday, December 25, 2009

CUTI HUJUNG TAHUN





Sempat ke Medan,Indonesia dari 4 hingga 7 Disember 2009. Banyak masa di Pulau Samosir,Danau Toba . Pulang dari Indonesia aku membawa keluarga ke Cameron Highland selama 2 hari. Banyak melayan anak-anak di sana.
Pulang dari Cameron Highland aku bersiap ke Sabah pada 13 hingga 17 Disember 2009.Banyak masa di Kinabalu Park kerana memilih pakej terbaik untuk Projek Gemilang Pengakap Pendang Mendaki Gunung Kinabalu yang dirancang pada April atau Mei 2010.Namun begitu,sempat juga memenuhi minat menyelam . Aku ke Sapi Island,Sabah. Satu hari suntuk aku menyelam dan snorkeling.

Sunday, November 1, 2009

JOM KITA TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN

Untuk pengunjung blog ini yang budiman,saya ingin memperkenalkan satu peluang perniagaan yang amat mudah dan modalnya bermula RM150.00 saja.

Maklumat lanjut,klik saja di sini : JANA PENDAPATAN

Wednesday, October 14, 2009

BERTEMU KAWAN LAMA

Hari ini 14 Oktober 2009 ditakdirkan aku bertemu kawan lama - ZUBER SAAD yang telah sekian lama tidak berjumpa di Kolej Matrikulasi Perlis,Arau.

Tuesday, October 6, 2009

NOSTALGIA - AKU BERGELAR GURU DI SEKOLAH INI (1989-1995)


Inilah sekolah pertama aku ditempatkan sebagai seorang guru ....Kenangan yang terindah yang tidak mampu dilupakan...
Apa khabar sahabat lama......

Ariffin Hassan kekal di Kluang.
Zuber kini pensyarah Kolej Matrikulasi Perlis.
Azlan kembali ke Negeri Sembilan.
Kumaravelu..........!!!!??????
Osman ..kekal di Kluang.
Sahardi kembali ke Selangor.
Hamsah Saram.....
Normadani Untung..masih untung ke...!!!
Ganeson , Chia Lee Chuan,Low Mui Nar,Rahim,Saadon,Kak Jamaliah,Bibi Mariam,Normadiah,Ayob,Sopar,Zulkifli,Sahar,Hj.Dawam,Ckg Esa Ghani,Jamian,Ckg Sukur Panek,Norzillah (ustazah comel),Pak Mail Kantin ,Arshad,Rohana,Rozita ,New. Yang lain-lain sedang berusaha untuk mengingati..........
Sahabat lain ... Kamarulzaman Ahmad ..dah jadi YB ke...Jalil ,Zainuddin,Omar,Md Zain (baru jumpa di Sg.Petani tahun 2008),Vello (kini jurulatih liga super P.Pinang),James,Arumugam, ......
Terima kasih , Ipin Hassan...masih terus berhubungan...

Thursday, October 1, 2009

HARI RAYA DI SEKOLAH



Sempat juga mempersembahkan satu lagu raya dan menyampaikan duit raya kepada pelajar.

KE PULAU BASAH ISLAND RESORT


Selepas raya aku berpeluang memenuhi hobi aku menyelam di persekitaran Langkawi terutamanya di Pulau Beras Basah.

Wednesday, September 23, 2009

INDAHNYA HARI RAYA BERSAMA KELUARGA


Hari raya adalah kesempatan terbaik untuk kita mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Hayati semangat Aidil Fitri untuk kesejahteraan sebuah istana kekeluargaan.
Selamat merayakan Aidil Fitiri.

Dari kiri : Angah,abah,Nurin,mama,kakak dan Nuha.

Wednesday, September 16, 2009

Thursday, September 10, 2009

MENANTI HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM


Aidil Fitri merupakan hari gembira kerana ia hari kemenangan setelah berpuasa selama 1 bulan.Sebahagian daripada bentuk2 kemenangan yang boleh diraikan ( dirayakan ):
1. Berjaya menahan nafsu,
2. Badan bertambah sihat
3. Peningkatan kesabaran
4. Berzakat utk org miskin
5. Bertambah amal ibadat
6. Bertambah baik akhlak ( kurang bercakap, bohong & maksiat )
7. Banyak lagi bentuk kemenangan ......lain
Di kebanyakannya negara-negara Arab yang aman, mereka meraikan Aidil Fitri dengan gembira dan ceria. Di dalam negara yang mempunyai ramai Muslim tetapi kuat bertelingkah seperti Pakistan, Bangladesh, Iraq, Lebanon, Palestine, India, Iran, Phillipine, Thailand, Somalia, Algeria, Thailand, Chechnya, Turki, Nigeria, Mali, Sudan, mereka berihat daripada persengkitaan pada Aidil Fitri untuk bergembira 1 atau 2 minggu.
Untuk negara-negara Muslim yang agak miskin, Aidil Fitri menjadi satu-satunya PELUANG UNTUK BERGEMBIRA berbanding 359 hari yang lepas. Mereka mengharap untuk menerima bungkusan-bungkusan hadiah daripada negara-negara Muslim yang kaya. Mereka juga tidak sabar-sabar untuk berdoa pada pagi Aidil Fitri untuk keluar daripada kemiskinan.

Monday, September 7, 2009

SIRI PILIHANRAYA KECIL (PRK)


Setelah selesai PRK di Permatang Pasir,kini akan berlaku pula PRK di DUN Bagan Pinang,Port Dickson kerana kematian penyandang kerusinya, YB Azman. Sejak akhir-akhir ini amat kerap PRK diadakan akibat beberapa sebab. Faktor ADUN meninggal dunia memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan ketentuannya.Tetapi ada juga faktor PRK diadakan kerada mainan politik parti-parti yang ada.
Walaupun PRK sesuatu yang perlu dilakukan selepas berlaku kekosongan kerusi,tetapi jika ianya berpunca dari mainan dan trend politik negara semasa,ianya amat merugikan,malah satu pembaziran wang ringgit,masa dan tenaga. Sebagai sebuah negara yang terus bergerak dilandasan tepat ke arah kemajuan,maka sesuatu perkara yang remeh perlu dielakkan untuk tidak mengganggu proses kemajuan yang sedang berlaku.
PRK akan menyebabkan semua kepimpinan politik negara tertumpu ke lokasi tersebut dan hal ini akan mengganggu tugas-tugas utama ke arah membela kebajikan rakyat.Jika kita asyik terlibat dengan PRK maka proses kerja yang lebih utama akan terjejas dan akhirnya rakyat akan merasakan kesannya.
Wajar dicadangkan agar sesuatu PRK diuruskan oleh SPR dengan kekuatan jentera parti di bahagian yang terlibat sahaja.Orang luar tidak perlu bersusah payah untuk menghabiskan masa di tempat PRK kerana tugas sedia ada perlu diutamakan.

Monday, August 31, 2009

Monday, August 24, 2009

WAJAH RUMAH

Kerja-kerja mengecat rumah. Masih memilih warna.

Thursday, August 13, 2009

KESEMPATAN KE ISTANA ANAK BUKIT


Hari ini 13 Ogos 2009 , kesempatan diberi Allah untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke Istana Anak Bukit untuk Istiadat Penganugerahan Sijil Pengakap Raja 2009.

Monday, July 20, 2009

BINTANG 100 TAHUN PENGAKAP DI MALAYSIA


Dipilih oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah untuk menerima Anugerah Bintang 100 Tahun Pengakap Malaysia di majlis ringkas sempena Mesyuarat Majlis Pengakap Negeri Kedah pada 12 Julai 2009 di Dewan BTPN,Negeri Kedah.

Monday, July 6, 2009

BERSAMA LAWATAN PEMIMPIN PENGAKAP PENDANG KE TERENGGANU DAN KELANTAN 1 HINGGA 4 JULAI 2009











Bergambar kenangan dengan SU MB Terengganu,Dato'Nordin di Restoren Penyu,Kuala Terengganu









Pesuruhjaya Pengakap Pendang sedang menyampaikan ucapan penghargaan kepada SU MB Terengganu yang menaja makan malam kepada rombongan pengakap Pendang.








Bergambar bersama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan di Kem Kijang.

Monday, June 29, 2009

ETIKA BERPOLITIK

Elak diri daripada terjebak ke kancah politik kotor akibat keghairahan yang terlampau. Kita tidak menafikan kejayaan menggenggam sesuatu jawatan dalam parti akan mendatangkan pulangan baik kepada seseorang. Tetapi jika niat untuk mendapatkan sesuatu dengan berpolitik maka ia akan mengundang perlakuan songsang moral.

Peliharalah imej dan semangat setia kawan dalam parti. UMNO adalah tunjang kepada kekuatan umat Melayu negara ini. Justeru kita mahu yang menjadi asas pada struktur tunjang itu adalah para pemimpin parti yang begitu beretika dan bermoral tinggi. Kepentingan peribadi perlu dihindari tetapi perjuangan membela nasib rakyat perlu menjadi keutamaan tertinggi.

Bacaan selanjutnya.

Thursday, June 11, 2009

Tuesday, June 2, 2009

BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH


KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM280 juta di Kompleks Sukan Gong Badak di sini yang baru setahun digunakan, runtuh pada jam 9.30 pagi tadi. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.

Bacaan seterusnya di Berita Harian Online

Sunday, May 31, 2009

KENDURI OH KENDURI


Kenduri bukanlah pesta makan memakan.Tetapi satu cabang merapatkan hubungan semasa umat.Justeru adalah menjadi kewajipan untuk kita memenuhi jemputan rakan dan saudara mara.Jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan,lebih manis kita maklumkan kepada yang terlibat.
Semuanya perlu ada sifat keprihatinan supaya sebarang tindakan kita dapat diiringi dengan norma-norma keimanan. InsyaAllah.
(gambar hiasan)

Monday, May 25, 2009

KEAZAMAN BERPOLITIK UNTUK KUASA


Saya fikir rakyat negara ini begitu mengetahui suasana dan iklim politik di Perak.Setelah tamat pilihanraya ke12 (PRU12) pada Mac tahun 2008,negeri Perak menjadi tumpuan pemerhati politik dan juga seluruh umat negara ini.
Iklim politik yang tidak terduga sebelum ini begitu menghantui rakyat Perak.Jalan penyelesaian sudah dibuka untuk pihak yang terlibat menemui noktah perebutan.Setelah diamati,benarlah orang akan berusaha untuk mendapat kuasa.Politik juga menjadi lambang kuasa bagi golongan yang sudah ditakdirkan untuk bergelumang dengan kancah dan warna politik.
Politik akan membawa kepada keazaman untuk memiliki kuasa.Dengan kuasa kita boleh merencanakan pelbagai agenda.
Kita berharap kekalutan politik di Perak akan segera dinoktahkan.

Friday, May 22, 2009

Institut Pendidikan Guru Sukan


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Sukan khusus untuk melatih jurulatih sukan serta pegawai teknik daripada kalangan guru, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penubuhan IPG Sukan itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.
"Dengan adanya jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah, kerajaan berharap agar tahap kecekapan pengurusan sukan sekolah akan dapat dipertingkatkan.
"Di samping itu, ia akan mengurangkan bebanan guru yang sebelum ini terpaksa memberikan tumpuan kepada bidang akademik dan juga sukan," katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis.
Muhyiddin berkata kementerian belum menetapkan syarat kelayakan untuk memasuki IPG Sukan itu.
"Ia akan ditetapkan nanti. Saya tidak dapat memberitahu secara terperinci.
Yang penting ialah siapa yang layak untuk ambil kursus dan sekali gus menambah bilangan guru yang terlatih dalam bidang sukan," katanya.
Bacaan selanjutnya di Bernama

Thursday, May 21, 2009

Lepasan Diploma Perguruan ke DG41 ke DG44 - Penjelasan


Penjelasan mengenai tarikh lantikan kumpulan Ex-PPPLD Gred DG41 ke DG44 melalui formula 7+3

3 tahun pengalaman mengajar yang ditawarkan hanya untuk tujuan kenaikan gaji ke DG44 secara KUP lebih awal bukan untuk mengawalkan tarikh lantikan.
Tarikh lantikan 16.5.2008 merupakan tarikh rasmi dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Sumber: NUTP)

Sunday, May 17, 2009

HADIAH HARI GURU

Teruskan membaca di Utusan Online

NAKA WITH MEMORY


Kesempatan mengendalikan Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) bersama adik-adik Kolej Kejururawatan Sungai Petani dan beberapa peserta lain di Naka pada 14 - 16 Mei 2009 lepas,amat meninggalkan kesan.Walaupun sudah banyak kali mengendalikan sesi seumpama ini sebelum ini,tetapi ada kelainan yang dapat dikesan ketika bersama kumpulan ini.Kesemua peserta begitu aktif untuk mengambil bahagian.Malah,ada yang mampu berhujah dengan baik.
Tahniah kepada adik-adik manis.......SUJI,TEOH,AIMI,JUE,GAYA,LEONG,
MAHAFIZAH,NIZA,LIN,YANI,
REHAN,RUSYDA SITI
. You all memang best...
Harap you all akan lulus ujian.

Wednesday, May 13, 2009

Monday, May 11, 2009

HAPPY TEACHERS DAY


SELAMAT HARI GURU


Bulan Mei memang banyak acara dan hari untuk disambut.Bermula dengan Hari Pekerja 1 Mei , baru berlalu hari yang dikhususkan untuk ibu tercinta pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.Kemeriahan bulan Mei terus diceriakan dengan kehadiran 16 Mei. Tarikh keramat itu ditujukan khusus untuk kaum pendidik yang dipanggil cikgu.
Terlalu banyak untuk kita bicarakan bila kita menyebut perkataan GURU.Ungkapan `cikgu' cukup istimewa kerana kewarasan manusia hari ini adalah bekas tangan insan yang bernama `GURU'.Kenikmatan dan kemewahan yang dikecapi hari ini mungkin datangnya dari didik ajar seorang guru.Seharusnya,kita terus mengingati dan menghargai jasa cikgu.Guru tetap mulia dengan pelbagai cabaran terkini.
SELAMAT HARI GURU....AKU BOLEH BERTATIH DI RANJAU BUMI ATAS TUNJUK AJAR,DIDIK BACA,TULIS DAN KIRA DARI SEORANG GURU...

Pautan ke :

Sunday, May 10, 2009

RAKAN PEMBINA


Hari ni sempat juga berbual-bual dengan rakan-rakan setugas.Maklumlah sejak akhir-akhir ini aku begitu jarang duduk bersembang dengan rakan-rakan rapat.Aku masih menghormati mereka yang cukup kuat bekerja.Macam-macam program diatur.Biarpun seperti `one man show' tapi aku yakin mereka mempunyai jiwa yang mantap dari aspek minda seorang pendidik.
Tapi ada juga keluhan terpacul dari mulut mereka.Ada juga rakan-rakan lain yang agak main jalan mudah dalam aspek tanggungjawab.Ini soal kerja dan amanah.Ianya amat rapat dengan hubungan kita dengan Pencipta.Apa saja tugasan perlu ada keikhlasan.

Saturday, May 9, 2009

GELAGAT ANAK













Alang dan si bongsu ni bukan main akalnya...Macam..macam...dah pandai posing dah...Semuanya menjadi hiasan kepada kebahagian keluarga kami...Angah pula lebih pendiam...tapi kuat juga memberontak...

SELAMAT HARI IBU


UNGKAPAN KASIH SAYANG YANG TERAMAT IKHLAS UNTUK IBU. KEREDHAANMU ADALAH PENCETUS KEPADA APA YANG DIKECAPI SEKARANG.SEMOGA IBU DIBERI KESIHATAN DAN KETENANGAN.

TANGGUNGJAWAB

Tugas adalah tanggungjawab bukan sekadar kedudukan.Terlalu sukar untuk memuaskan hati semua orang.Tetapi kadangkala hati sendiri yang teruk dihentam.Kesabaran menjadi panduan dan senjata.
Bekerja dalam kumpulan perlu dilengkapi dengan kesedaran dan tolak ansur yang menebal.Biarlah kek yang dihidangkan dapat diagihkan secara sama rata.Biasakan diri untuk memahami orang lain supaya orang lain akan turut terasa.

KEDAMAIAN DAN KEINDAHAN

Antara yang menjadi kegilaan aku ialah menikmati keindahan pulau dan laut. Laut dan kehidupannya adalah satu dunia yang penuh dengan kedamaian. Hargailah alam ini.
Namun,kesibukan kerja menafikan aku untuk turun menemui rakan-rakan pulau.Sudah puas untuk melayan SMS mereka.Kehadiran aku sentiasa ditunggu-tunggu.
Mungkin kejernihan air dan kecantikan coral menjadi tarikan.
Apa khabar jeti Pulau Perhentian,Long Beach yang damai.Noni , gadis kaunter yang sentiasa tersenyum di Hentian Island Resort mungkin sudah semakin dewasa.Mungkin suara ombak dan lambaian daun kelapa semakin sibuk menyambut kehadiran tetamu.Khabarnya,tetamu terus menerus bertamu.Cuma aku yang masih tertangguh langkah kerana kekangan tugas yang semakin menghimpit.

PPSMI 2

Mungkin kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran,Dr.Puad Zarkarshi yang secara peribadinya menyokong usaha mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu adalah respon terbaik yang ditunggu-tunggu oleh para pejuang bahasa.
Sebelum ini kita tidak didengari suara-suara seperti ini kecuali dari kumpulan pejuang bahasa yang melibatkan para sasterawan dan ilmuan bahasa yang lain.Mungkin, Pak Samad Said,sedikit tersenyum dengan perkembangan ini.Perjuangannya sudah mula membuahkan titik-titik hasil walaupun ianya sekadar satu maklum balas bersifat peribadi dari ahli politik yang turut mengganggotai barisan kabinet negara.

Wednesday, May 6, 2009

ISU PPSMI

Terbaru,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan dasar PPSMI diteruskan sehingga kerajaan berpuashati dengan laporan kajian perlaksanaannya.Pastinya kerajaan telah mempertimbangkan semua perkara sebelum membuat kenyataan seperti itu.
Dasar PPSMI tidak dinafikan ada kebaikan dan kelemahannya.Namun begitu,kita perlu mengeksploitasikan seluruh kekuatan yang ada pada PPSMI itu untuk menjana masyarakat terkehadapan.
Tetapi semua kelemahan dan kekurangan perlu tindakan memperbaikinya.Jangan biarkan masyarakat pelajar terus celaru dengan permainan dan keputusan kita.
Renungkan.

Monday, May 4, 2009

SALAM PENGENALAN

SEJAHTERA SEMUA......Mungkin saya menjadi peminat blog yang kurang arif untuk memahami cara untuk memiliki blog sendiri....Alhamdulillah...saya telah temui jalannya.Saya akan cuba menghimpunkan maklumat terpuji untuk tatapan semua.
MEMORI SMK AYER PUTEH DALAM
Puan Hjh Zobaidah Jainul Ali ,Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam sedang menyampaikan pingat kemenangan acara Merentas Desa 2009.Turut kelihatan En.Halim Zainon,PK Pentadbiran dan jauh lagi samar adalah AKU.........