Monday, September 7, 2009

SIRI PILIHANRAYA KECIL (PRK)


Setelah selesai PRK di Permatang Pasir,kini akan berlaku pula PRK di DUN Bagan Pinang,Port Dickson kerana kematian penyandang kerusinya, YB Azman. Sejak akhir-akhir ini amat kerap PRK diadakan akibat beberapa sebab. Faktor ADUN meninggal dunia memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan ketentuannya.Tetapi ada juga faktor PRK diadakan kerada mainan politik parti-parti yang ada.
Walaupun PRK sesuatu yang perlu dilakukan selepas berlaku kekosongan kerusi,tetapi jika ianya berpunca dari mainan dan trend politik negara semasa,ianya amat merugikan,malah satu pembaziran wang ringgit,masa dan tenaga. Sebagai sebuah negara yang terus bergerak dilandasan tepat ke arah kemajuan,maka sesuatu perkara yang remeh perlu dielakkan untuk tidak mengganggu proses kemajuan yang sedang berlaku.
PRK akan menyebabkan semua kepimpinan politik negara tertumpu ke lokasi tersebut dan hal ini akan mengganggu tugas-tugas utama ke arah membela kebajikan rakyat.Jika kita asyik terlibat dengan PRK maka proses kerja yang lebih utama akan terjejas dan akhirnya rakyat akan merasakan kesannya.
Wajar dicadangkan agar sesuatu PRK diuruskan oleh SPR dengan kekuatan jentera parti di bahagian yang terlibat sahaja.Orang luar tidak perlu bersusah payah untuk menghabiskan masa di tempat PRK kerana tugas sedia ada perlu diutamakan.

No comments:

Post a Comment