Saturday, January 8, 2011

SYUKUR





Kakak bersama Mama sedang membuat urusan pendaftaran kemasukan ke SMK Agama Kedah.

Alhamdulillah....aku sangat-sangat bersyukur dengan anugerah Allah SWT.Ikhlas aku katakan bahawa aku langsung tidak menaruh harapan tinggi kepada Kakak ketika dia menduduki peperiksaan UPSR tahun 2010. Bagi aku kalau dia mampu capai 3A ianya sudah memadai.Sebagai bapa aku dapat mengesan bahawa Kakak ada kekuatan pada tiga subjek saja iaitu Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Subjek Sains dan Matematik bukanlah menjadi haknya secara mutlak.
Kakak banyak berdikari.Dia rajin sekali menghadiri tuisyen,baik di pusat tuisyen atau kelas tambahan di sekolah. Di rumah Kakak hanya membuat ulangkaji secara ringkas dan santai.Dia langsung tidak tertekan sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Malah menonton dan keluar mengikut kami sekeluarga tidak pernah dilepaskan.
Tetapi Allah SWT telah memberinya hidayah.Aku tahu Kakak ikhlas ketika belajar.Dia tidak tahu untuk berpura-pura.Dia mampu mengeluarkan segala apa yang dipelajari ketika berhadapan dengan kertas soalan.
Alhamdulillah,Kakak berjaya memperolehi 5A ketika keputusan UPSR diumumkan.Ketika itu aku berada di Jakarta.Aku menerima panggilan telefon dari staf sekolah kakak yang mengatakan Kakak mendapat 5A.
Kini Kakak ditempatkan di SMK Agama Kedah,Mergong.Sekolah yang menjadi idaman aku dan isteri.Doa dimakbulkan Allah SWT.Semoga Kakak tabah dan terus mencipta kejayaan.Abah,Mama dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan kakak.

No comments:

Post a Comment