Tuesday, February 1, 2011

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011


Tanggungjawab menguruskan bidang kokurikulum sekolah memang berat.Ianya memerlukan pemahaman yang jelas dan aspek minat pelajar.Guru juga perlu faham bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah adalah sebahagian dari kurikulum yang wajib dilaksanakan.Guru perlu menunjukkan kecenderungan untuk menarik minat pelajar dengan merancang peluang untuk disertai pelajar.
Perhatian kerajaan melalui Kementerian Pelajaran menampakkan aktiviti kokurikulum perlu diangkat setaraf dengan kurikulum.Mungkin sudah sampai masanya bidang kokurikulum memerlukan penilaian formal setaraf peperiksaan awam.
Aktiviti merentas desa misalnya,adalah sebahagian dari acara yang perlu dilaksanakan untuk menguji tahap kecergasan dan ketahanan mental.Jarak larian yang jauh pastinya memerlukan daya tahan yang tinggi untuk menamatkan larian.
Alhamdulillah,Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Ayer Puteh Dalam berjalan lancar.Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam membantu menjayakan acara tersebut.Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Pendang juga menjadi ruang bahawa program-program sekolah memerlukan sokongan agensi luar dalam konteks perkongsian pintar seperti yang sering dituntut oleh kerajaan.
Tahniah kepada para pemenang dan teruskan komitmen anda untuk menaikkan nama sekolah di kejohanan peringkat daerah nanti.

No comments:

Post a Comment