Thursday, August 2, 2012
Monday, July 23, 2012
RAMADAN DATANG LAGI
Masa begitu cepat berlalau, setahun sudah berlalu dan esok Ramadhan yang
kita tinggalkan pada setahun yang lepas datang lagi. Ramadhan muncul
dalam keadaan kita sebagai insan yang sangat kerdil dan memerlukan
keampunan daripada Allah SWT.
Kerana itu kehadiran bulan penuh keberkatan ini diharapkan memberi sinar
dalam kehidupan beribadah seorang insan yang sentiasa mengharapkan
keampuan dari segala kealpaan yang lampau.
Oleh itu marilah kita pergunakan semaksima mungkin bulan Ramadhan ini
dengan kita menyempurnakan pelbagai kelebihan ibadah yang terkandung di
dalamnya seperti :
1. Menyempunakan ibadah Puasa yang difardhukan
2. Mempebanyakkan solat Terawih
3. Mencari Malam Al Qadr
4. Meningkatkan Ibadah Sedekah
5. Berdoa
6. Membayar Zakat Fitrah
7. Tilawah dan Tadabbur Al Quran
8. Teruskan amalan mulia dibulan lain dengan gandaan pahala dibulan ini.
Selamat beribadah di bulan Ramadhan , Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya, InsyaAllah...
Wednesday, November 2, 2011
MALAS UNTUK MENJENGAH BLOG SENDIRI
Agak lama aku tidak mengemaskini blog ini.Selepas musim hari raya , aku seperti malas hendak mengunjungi blog aku sendiri.Yang pastinya aku tidak layak untuk dinobatkan sebagai seorang bloger.Sedangkan pengaruh blog dan bloger semakin hari semakin mampu mendominasikan suasana pemikiran rakyat.
Malah ketika Pilihanraya Ke-12 tahun 2008 yang lepas,satu kajian mendapati pengaruh informasi,berita dan maklumat yang disebarkan melalui blog dikatakan telah mempengaruhi keputusan rakyat untuk memilih kerajaan.
Sudah jelas blog menjadi media alternatif yang berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat.Aku pastinya mengambil sedikit pengajaran untuk memantapkan diri untuk menyelitkan diri dicelah-celah bloger yang sudah terkenal.

Friday, August 26, 2011
SALAM AIDIL FITRI
Sunday, August 21, 2011
KEMAMPUAN
Berita penguasaan Tan Sri Tony Fernandes terhadap kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers (QPR) tersebar dengan cepat. Jutaan syarikat penerbangan tambang murah Airasia itu pantas menyambar peluang untuk memiliki kelab EPL tersebut selepas sebelum ini ada juga orang kaya Malaysia mahu berbuat demikian.
Kuasa wang amat kuat di sini. Wang sudah membuktikan kemahuan manusia boleh dijadikan realiti.Apa yang diharapkan , Tony boleh melakukan sesuatu untuk kemajuan bola sepak Malaysia juga.Apabila beliau mempunyai kuasa terhadap QPR , maka banyak perkara boleh dilakukan.
Kemenangan 1-0 QPR ke atas Everton malam tadi juga bakal menjadi tonik mujarab untuk QPR bangun memberi cabaran apabila berhadapan dengan kelab-kelab gergasi EPL yang lain.
Monday, August 8, 2011
Jambori Pengakap Malaysia-Thailand 2011
Kesempatan bertugas di Jambori Pengakap Malaysia-Thailand 2011 amat meninggalkan kesan dari aspek pengorbanan dan kerjasama.Rakan-rakan begitu tinggi komitmennya. Tahniah.
Lihat gambar-gambar seterusnya DISINI
BULAN JULAI YANG PADAT
Bulan Julai sangat padat dengan pelbagai aktiviti.Aku terpaksa menguruskan pelbagai acara dan aktiviti sehingga masa amat terhad dirasakan.Pengurusan dan tugas-tugas di sekolah tetap menjadi keutamaan.Namun begitu , beberapa tugas lain yang diberi terpaksa diuruskan dengan sebaik mungkin.
Bermula dengan acara Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan pada 2 Julai 2011. Saya terpaksa menyusun acara tersebut dengan sebaik mungkin bagi memastikan dasar kementerian tersebut dapat dihayati dengan betul.Kehadiran pemain bola sepak Liga Super Negeri Kedah,Mohd Al Hafiz sebagai tetamu jemputan sedikit sebanyak memeriahkan suasana.
Selepas tamat acara Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan , acara diteruskan dengan Kejohanan Olahraga Sekolah bagi Kali Ke-26. Acara olahraga tamat jam 11.45 pagi dengan acara penyampaian pingat-pingat diadakan di dewan terbuka sekolah.
Pada tarikh 1 hingga 6 Julai 2011 , seramai 5 orang ahli Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Sekolah berlepas ke Kuantan untuk menyertai Perkhemahan KAPA Peringkat Kebangsaan.
Dalam masa yang sama aku ditugaskan untuk menganggotai jawatan kuasa Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand yang akan diadakan pada 9 hingga 16 Julai 2011 di Trang,Thailand.
Tarikh 9 Julai 2011 aku berlepas ke Huaiyod,Trang,Thailand untuk bertugas di sana. Lebih seminggu di luar negara memberi banyak pengetahuan dan pengalaman.Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand begitu meriah sekali dengan aktiviti yang padat.
17 Julai 2011 kembali ke tanah air . Keesokan harinya , 18 Julai 2011 kembali bertugas. Namun kesibukan terus menghambat aku dengan urusan persediaan pelajar aku untuk menyertai Kem Pentarafan Pengakap Raja Tahun 2011 pada 21 hingga 23 Julai 2011 di Kem Unit Beruniform Negeri Kedah,Jeneri,Sik.
21 hingga 23 Julai 2011 bertugas sebagai Pentaraf Pengakap Raja . Seramai 90 orang ahli pengakap remaja hadir untuk diuji kebolehan,kemahiran dan kekuatan mental mereka sebelum ditabalkan sebagai Pengakap Raja 2011.
27 Julai 2011 aku bertolak ke Terengganu untuk satu program Lawatan Penanda Aras Unit Sukan Pejabat Pelajaran Pendang ke Majlis Sukan Negeri Terengganu. 3 hari 2 malam di Terengganu yang padat dengan aktiviti termasuk perlawanan bola sepak persahabatan dengan beberapa pasukan veteran di Terengganu.Perlawanan yang paling menarik ialah bertemu dengan Veteran Pilihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu pada jam 8.30 malam.
Kembali dari Terengganu persiapan dibuat untuk menyambut Ramadhan . Kehadiran bulan Ramadhan begitu dinantikan untuk memberi peluang kepada kita mengejar jutaan peluang kerahmatan.
Selamat berpuasa.

Monday, May 16, 2011
Saturday, March 12, 2011
Wednesday, February 2, 2011
SELAMAT TAHUN BARU CINA
Kepada rakan-rakan bangsa Cina,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.Semoga sambutan tahun ini akan lebih memberi makna kepada anda semua.Kukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita untuk masa depan yang lebih gemilang.Baca seterusnya mengenai Tahun Baru Cina DISINI
Tuesday, February 1, 2011
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011

Tanggungjawab menguruskan bidang kokurikulum sekolah memang berat.Ianya memerlukan pemahaman yang jelas dan aspek minat pelajar.Guru juga perlu faham bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah adalah sebahagian dari kurikulum yang wajib dilaksanakan.Guru perlu menunjukkan kecenderungan untuk menarik minat pelajar dengan merancang peluang untuk disertai pelajar.Aktiviti merentas desa misalnya,adalah sebahagian dari acara yang perlu dilaksanakan untuk menguji tahap kecergasan dan ketahanan mental.Jarak larian yang jauh pastinya memerlukan daya tahan yang tinggi untuk menamatkan larian.
Alhamdulillah,Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Ayer Puteh Dalam berjalan lancar.Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam membantu menjayakan acara tersebut.Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Pendang juga menjadi ruang bahawa program-program sekolah memerlukan sokongan agensi luar dalam konteks perkongsian pintar seperti yang sering dituntut oleh kerajaan.
Tahniah kepada para pemenang dan teruskan komitmen anda untuk menaikkan nama sekolah di kejohanan peringkat daerah nanti.
Friday, January 21, 2011
KAKAK PERLU KUAT SEMANGAT

Kelmarin dan hari ini (21 Jan 2011) aku melawat kakak di asrama.Wajah kakak nampak tidak bermaya,lemah,tidak bersinar seperti sebelumnya.Aku tiba-tiba jadi resah. Kakak seperti menyembunyikan sesuatu. Ada sesuatu yang terbuku dihatinya.Kakak tidak banyak bercakap.Dia banyak berdiam diri.
Apa lagi yang tidak kena.Sedangkan semua kehendaknya aku penuhi.Aku banyak memikirkan tentang dia sejak akhir-akhir ini. Kakak ada mengadu dia tidak sihat minggu ini.Mungkin itu yang mempengaruhi emosinya.
Aku berdoa kakak akan kuat semangat. Itu adalah dugaan permulaan yang kecil.Banyak lagi cabaran yang kakak akan hadapi.

Friday, January 14, 2011
Saturday, January 8, 2011
SYUKUR
Kakak bersama Mama sedang membuat urusan pendaftaran kemasukan ke SMK Agama Kedah.
Alhamdulillah....aku sangat-sangat bersyukur dengan anugerah Allah SWT.Ikhlas aku katakan bahawa aku langsung tidak menaruh harapan tinggi kepada Kakak ketika dia menduduki peperiksaan UPSR tahun 2010. Bagi aku kalau dia mampu capai 3A ianya sudah memadai.Sebagai bapa aku dapat mengesan bahawa Kakak ada kekuatan pada tiga subjek saja iaitu Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Subjek Sains dan Matematik bukanlah menjadi haknya secara mutlak.
Kakak banyak berdikari.Dia rajin sekali menghadiri tuisyen,baik di pusat tuisyen atau kelas tambahan di sekolah. Di rumah Kakak hanya membuat ulangkaji secara ringkas dan santai.Dia langsung tidak tertekan sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Malah menonton dan keluar mengikut kami sekeluarga tidak pernah dilepaskan.
Tetapi Allah SWT telah memberinya hidayah.Aku tahu Kakak ikhlas ketika belajar.Dia tidak tahu untuk berpura-pura.Dia mampu mengeluarkan segala apa yang dipelajari ketika berhadapan dengan kertas soalan.
Alhamdulillah,Kakak berjaya memperolehi 5A ketika keputusan UPSR diumumkan.Ketika itu aku berada di Jakarta.Aku menerima panggilan telefon dari staf sekolah kakak yang mengatakan Kakak mendapat 5A.
Kini Kakak ditempatkan di SMK Agama Kedah,Mergong.Sekolah yang menjadi idaman aku dan isteri.Doa dimakbulkan Allah SWT.Semoga Kakak tabah dan terus mencipta kejayaan.Abah,Mama dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan kakak.
Subscribe to:
Posts (Atom)