
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Kepada rakan-rakan bangsa Cina,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.Semoga sambutan tahun ini akan lebih memberi makna kepada anda semua.Kukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita untuk masa depan yang lebih gemilang.
Tanggungjawab menguruskan bidang kokurikulum sekolah memang berat.Ianya memerlukan pemahaman yang jelas dan aspek minat pelajar.Guru juga perlu faham bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah adalah sebahagian dari kurikulum yang wajib dilaksanakan.Guru perlu menunjukkan kecenderungan untuk menarik minat pelajar dengan merancang peluang untuk disertai pelajar.
Kejayaan pasukan bola sepak negara merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki akan menjadikan sembang-sembang akhir tahun bertambah rancak.Kejayaan menundukkan Indonesia dengan agregat 4-2 tiba-tiba menjadikan bola sepak muncul topik penting ketika tahun 2010 semakin hampir untuk dilabuhkan tirainya.Tahniah dan syabas kepada para pemain muda bola sepak kita yang boleh membuktikan mereka mampu melakarkan kejayaan bila berdepan dengan pasukan yang lebih berpengalaman di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand.
Ketika ini 11 dan 12 Dis 2010 , teman-teman seperjuangan yang sudah sekian lama tidak ketemu sedang berkumpul di Ipoh untuk satu majlis sillaturahim yang amat digalakkan.Bertemu dan bertanya khabar adalah sunnah yang mampu menjana ikatan sesama insan.Alangkah indahnya bertemu dan membongkar kembali kenangan terindah ketika di bumi yang sama suatu ketika dahulu.
Walaupun cuti persekolahan sudah memasuki fasa kedua,namun seperti biasanya aku terus dengan pelbagai aktiviti.Terbaru aku berpeluang merancang satu program khas yang dikenali Program Pendidikan Biodiversiti bersama Jabatan Perhilitan Daerah Grik di Ulu Belum. Sebelum ini aku tidak pernah mengunjungi tempat.Cuma hanya mendengar dan membaca dari pelbagai media tentang khazanah yang ada di Ulu Belum.